Alami Pendarahan Dalam Rahim, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Hina Hamil Anak H*ram? – “Aku Tak Takut Hilang Kau, Jumpa Di Mahkamah!”

Alami Pendarahan Dalam Rahim, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Hina Hamil Anak H*ram? – “Aku Tak Takut Hilang Kau, Jumpa Di Mahkamah!”

Rumah tangga pelawak, Shuk Sahar sekali lagi meraih perhatian selepas isternya, Fara Saleh mendakwa dirinya diabaikan sehingga mengalami pendarahan dalam rahim.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fara meluahkan isi hatinya yang mendakwa Shuk terlalu sibuk dengan urusan bisnes podcast ‘Lepak Bapak’ sehingga tidak berkesempatan untuk melawat isterinya yang terlantar di hospital.

“Seronok ke lepak tu sampai tak nampak batang hidung aku masuk wad ni. Tau tak risiko apa aku bawa anak kau ni, makin dia besar makin jantung aku tak stabil.

“Buat content dekat Singapura sampai malam, macam mana bisnes ‘lepak bapak’? Kasi ada untung kalau tak sia-sia tinggalkan bini terkontang kanting sendiri,” katanya.

Lebih mengejutkan lagi, Fara turut mendakwa bahawa Shuk telah memfitnahnya hamil anak luar nikah, selain menghinanya wanita ‘jalang’.

“Terima kasih Shuk Sahar buang aku dari business group tu. Makanlah segala rezeki anak bini Allah bagi pada kau itu. Insya-Allah aku boleh cari duit sendiri untuk persediaan barang anak dan bersalin nanti.

“Lagipun masa kat Paris haritu kau hina cakap aku mengandung anak haram, panggil aku jalang. Aku tak takut hilang kau,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di aplikasi Threads, Fara seolah-olah memberi bayangan mahu memfailkan cerai terhadap Shuk.

“Jangan sibuk nak tengok anak nanti, alang-alang blah ni berambus terus, Jumpa kat mahkamah nanti,” katanya.

Sebelum ini, konflik rumah tangga antara mereka bermula pada tahun lalu selepas Fara itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Artikel Berkaitan: Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”

Artikel Berkaitan: Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

Scroll to Top