‘Alang-alang nak kuburkan, dah sampai masa juga UMNO keluar je Kerajaan Perpaduan’

‘Alang-alang nak kuburkan, dah sampai masa juga UMNO keluar je Kerajaan Perpaduan’

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas pihak yang mempertikaikan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

Menurut beliau, pihak yang paling tidak senang dengan keputusan itu sebenarnya datang daripada kelompok yang didakwa ‘meroyan’ susulan pengumuman berkenaan.

Foto: FB Akmal Saleh

Akmal berkata, keputusan BN untuk bertanding di lebih banyak kerusi sepatutnya diraikan kerana ia membuka ruang persaingan politik secara sihat seperti yang sering dilaungkan sebelum ini.

“Bila BN umumkan nak bertanding semua DUN di Johor yang paling meroyan puak-puak mereka pula.
“Sepatutnya kamu patut bergembira kerana kamu boleh bertanding di banyak kerusi seperti sebelum ini yang kamu idamkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam masa sama, beliau turut menyelar pihak yang didakwa terlalu ghairah mahu ‘menguburkan’ UMNO daripada landskap politik negara.

Akmal menegaskan, soal jatuh bangun sesebuah parti bukan ditentukan oleh mana-mana individu, sebaliknya tertakluk kepada kuasa Allah dan keputusan rakyat.

“Nak kuburkan UMNO? Kita jangan melebihi kuasa Allah.
“Biar rakyat yang buat keputusan, kita berusaha dan serahkan pada Allah,” ujarnya.

Foto: FB Akmal Saleh

Beliau turut memberi bayangan bahawa UMNO wajar mempertimbangkan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya terus berdepan serangan serta tekanan daripada pihak tertentu dalam gabungan tersebut.

“Alang-alang nak kuburkan UMNO, rasanya dah sampai masa juga UMNO keluar jer dari Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, mereka yakin untuk sekali lagi mencipta kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), sebagaimana yang pernah dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018.

Aminolhuda turut menegaskan bahawa pakatan itu mampu ‘menguburkan’ BN buat kali kedua.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Scroll to Top