Oh! Tidak
Lelaki beri alasan datang basuh periuk, namun dicekup JAINJ dalam serbuan kes berkhalwat Johor awal pagi.
Alasan konon datang nak tolong basuh periuk akhirnya membawa padah apabila seorang lelaki dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor dalam satu serbuan awal pagi.
Lelaki itu ditangkap berada di rumah seorang wanita sehingga menimbulkan syak. Pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan hasil aduan orang ramai yang melihat lelaki berkenaan kerap datang ke rumah tersebut walaupun tiada hubungan sah. Dari situ terbongkarlah satu kes berkhalwat Johor yang disyaki sudah lama berlaku.
Sebaik tiba di lokasi iaitu rumah kampung berkembar, penguat kuasa mendapati terdapat kereta milik lelaki dan wanita.- Katanya.
Hanya pakai seluar dalam ketika serbuan dilakukan
Anggota penguat kuasa turut ditempatkan di bahagian belakang rumah bagi mengelakkan sebarang cubaan melarikan diri. Pintu hadapan diketuk beberapa kali sebelum dibuka oleh wanita terbabit kira kira lapan minit kemudian.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati ruang tamu berada dalam keadaan gelap dan tiada individu ditemui di bilik lain. Namun lampu tandas yang menyala menarik perhatian anggota bertugas.
Sebaik menolak pintu, penguat kuasa ternampak seorang lelaki hanya berseluar dalam dan baju T, duduk sambil mencangkung, sedang membasuh periuk besar.- Katanya.
Lelaki itu kelihatan gelisah selepas diminta keluar dan hasil soal siasat mendapati mereka hanyalah pasangan kekasih. Mereka bukan suami isteri, sekali gus membawa kepada siasatan lanjut kes berkhalwat Johor.
Beri alasan datang hanya membantu

Lelaki tersebut memaklumkan dia masih bujang dan bekerja di Kluang manakala wanita itu juga belum berkahwin. Kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30 an.
Saya datang ke rumah dia (kenalan wanita) hanya membantu membasuh periuk.- Katanya.
Pemeriksaan di bilik utama kemudian menemui cadar, selimut dan bantal dalam keadaan berselerak. Pasangan itu turut memaklumkan mereka merancang untuk bernikah dalam tempoh tiga bulan lagi.
Pihak JAINJ memaklumkan kejadian itu dipercayai sudah berlarutan sebelum tindakan diambil selepas menerima aduan. Keterangan pasangan berkenaan telah direkodkan untuk tindakan selanjutnya.
Pssttt! Ohmedia harap korang jadikan perkara ini sebagai pengajaran supaya sentiasa jaga batas dan elakkan keadaan yang boleh menimbulkan syak. Kadang kita rasa perkara kecil, tapi akibatnya boleh jadi besar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





