Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa melancarkan satu set produk khas bagi membantu anak kepada pelakon, Amyza Aznan, yang disahkan menghidap kanser tulang.
Alha Alfa sumbang hasil jualan

Menerusi perkongsian di Threads, Alha memaklumkan beliau akan mengadakan sesi ‘live’ pada jam 9 malam bagi menjual produk berkenaan dengan hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada Amyza serta anak-anaknya.
“Salam kesayangan. Malam ni jam 9 malam saya akan live, macam selalu. Saya akan adakan set khas atau produk khas yang saya akan fikirkan malam ni.
“Awak semua beli then duit terkumpul kita serah semuanya mengikut berapa banyak set yang terjual kepada kak Amyza dan anak-anaknya,” ciapan Alha, semalam.
Dalam pada itu, Alha turut memaklumkan beliau akan menyumbangkan wang peribadi selain mengajak pengikutnya untuk bersama-sama bersedekah bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Selain duit saya sendiri, saya nak ajak kesayangan saya sedekah di bulan mulia ni ok? Korang dapat produk, duit korang saya serah kepada mereka. Amin,” kongsinya.
Inisiatif tersebut dilihat sebagai usaha murni bagi membantu menampung keperluan rawatan serta perbelanjaan keluarga terbabit, selain menggalakkan orang ramai merebut peluang bersedekah pada bulan yang penuh keberkatan.
Artikel lain: Beri sokongan dan bantuan, Anak Amyza Aznan titip terima kasih buat Fattah Amin, Amira Othman
Terdahulu pada Khamis lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila anaknya, Adrian disahkan menghidap kanser tulang.
Lebih menyedihkan, berita tersebut hadir selepas hampir setahun seorang lagi anaknya, Andre Mikhail berjuang melawan kanser paru-paru.
Sumber: Threads alhaalfa



