Alha Alfa Sumbang RM46,000 Untuk Gelombang Kedua GSF

Alha Alfa Sumbang RM46,000 Untuk Gelombang Kedua GSF

Jurusolek dan usahawan Datuk Alha Alfa memaklumkan dia menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri yang memerlukan sumbangan untuk disalurkan kepada misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi perkongsian di Threads, Alha berkata dana tersebut diperlukan untuk persediaan sekiranya pasukan misi memerlukan khidmat guaman selepas ditahan tentera Israel ketika misi bantuan ke Gaza.

BACA:Zara Zya Hadiahkan Kasut Jenama Mewah Kepada Alha Alfa

“Semalam Tuan Nadir telefon saya, mereka memerlukan sumbangan tambahan untuk bayaran guaman atau kalau duit guaman sudah lepas mereka nak buat Sumud Flotilla gelombang kedua. Yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Alha turut berkongsikan dia berjaya mengumpul sebanyak RM46,000 dalam sesi siaran langsung serta akan menyerahkan keseluruhan wang ke misi berkenaan.

“Saya jadi sangat teruja dan tak sabar. Yang sertai sesi siaran langsung saya di YouTube malam tadi, walaupun sekejap, kami berjaya kumpul RM46,000. Jadi, semua wang tersebut kita akan serahkan ke sana.

“Syukur dan terima kasih semua. Namun, usaha ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Saya nak usahakan yang lebih besar supaya banyak lagi dana akan terkumpul,” katanya.


Scroll to Top