“Alhamdulillah Ibu Bapa Saya Dah Terima Bella 110 Peratus”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur tunangnya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah diterima baik oleh ahli keluarganya.

Menerusi program MeleTOP, Saddiq berkata mereka turut berdepan ujian dalam perhubungan apabila ada yang cuba mengubah pandangan ibu bapanya terhadap pilihannya.

BACA: “I Don’t Have A Dream Wedding, But I Have A Dream Wife” – Syed Saddiq

“Ibu bapa saya adalah seorang yang penyayang. Kadangkala ada cabaran cuba mengubah pandangan. Alhamdulillah, hingga ke harini mereka telah menerima Bella 110 peratus,” katanya.

Sementara itu, Saddiq berkata meskipun laluan hidupnya dan Bella berbeza namun dia tetap memilih wanita itu sebagai pasangan hidupnya.

“Saya rasa walaupun tak sekepala tetapi pilihan itu tidak akan berubah. Wanita itu berada di sisi saya (Bella). 

“Yang paling penting ialah apabila saya ada seseorang yang memahami, membawakan kegembiraan, dan orang yang bila saya saya kenal saya tahu siapa yang saya ingin bersama hingga ke hujung nyawa saya,”katanya.


Scroll to Top