Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa keluarganya menyambut baik kehadiran penyanyi Amira Othman dalam hidupnya.
Menurut laporan Oh Bulan, Fattah berkata yang keluarganya merestui hubungan baik mereka dan gembira dengan keakraban mereka.
Alhamdulillah, keluarga saya merestui. Mereka suka kerana Amira juga pernah hadir ke majlis bersama keluarga saya sebelum ini.
Amira Othman hanya rakan kerja?

Walaupun ramai yang mula ‘shipping’ mereka sebagai pasangan, Fattah menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih dari itu.
Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Kami hanya mesra sebagai teman sekerja.
Fattah Amin kirim doa

Dalam pada itu, Fattah turut berkongsi bahawa dia mengirimkan doa buat Amira yang kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah.
Dia ke sana pada waktu yang sangat istimewa, iaitu 10 malam terakhir Ramadan, di mana doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan.
#ApaKataOhmedia
Bila dah serasi dan keluarga pun restu, siapa tahu masa depan kan? Apa pun, semoga hubungan baik ini membawa keberkatan buat mereka berdua!





