Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura teruja sekali gus meluahkan rasa syukur apabila teman-teman rapat termasuklah pekerjanya memberi kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-42.
Menerusi perkongsian beberapa video yang di TikTok, Fazura kelihatan terkejut apabila menerima kek, jambangan bunga dan beberapa hadiah lain daripada staf dan rakan-rakannya.
Malah, menerusi video berdurasi 59 saat itu, Fazura atau lebih mesra disapa Faz, mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sambutan hari lahirnya itu.
“Terima kasih banyak-banyak team, terima kasih banyak semoag kita sentiasa bersama.
“Terima kasih juga kepada semua yang wish saya. Dan kepada semua yang sentiasa mendoakan saya dan terima kasih sejujurnya kepada anda semua di luar sana yang sentiasa mendoakan saya dan Fatima,” katanya.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Luar Biasa ini juga mengakui dia kini berada difasa tenang dan bahagia selain menyofatkan ini adalah sambutan ulang tahun yang paling bermakna dalam kehidupannya selepas pemergian ayahanda tercinta.
“Setahun ni pelbagai yang saya lalui tapi alhamdulillah, syukur… Kerana Allah sentiasa beserta dengan bantuan yang diberikan dan saya dapat melalui semuanya dengan tenang dan bahagia dan penuh hikmah-hikmah yang baik.
“Alhamdulillah, rasanya tahun ni birthday yang paling bermakna. Last, masa arwah Papa Faz ada tapi untuk tahun ini merupakan hari lahir yang cukup bermakna since my father pass away.
“Alhamdulillah saya berada di fasa yang sangat tenang, bahagia dan sejujurnya sangat happy. Allah menjadi saksi, Allah mendengar dan Alalh melihat dan Allah tahu isi hati saya. Terima kasih kepada semua yang tak henti-henti sokong saya dan beri kata-kata semangat,” jelasnya.
Manakala, berdasarkan hantaran di Instagram pula, Faz juga meluahkan rasa hati bahawa kehadiran puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya adalah ‘hadiah’ terbesar buat dirinya.




