syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kajang :”Ya. Sebab sedap mata pandang, jadi saya tak pandang orang lain,” kata pelakon, Alif Hadi ketika ditanya sama ada dia memilih wanita cantik dan seksi untuk dijadikan pasangan hidup.
Menurutnya, dia tidak mahu menjadi lelaki atau suami yang memandang wanita lain walaupun sudah beristeri.
“Beberapa kali saya sendiri menyaksikan sendiri kejadian contohnya di pusat beli belah.
“Ada segelintir suami yang walaupun sedang mendukung anak dan ada isteri di sebelah, tetapi apabila berselisih dengan wanita cantik dan seksi, mata mereka akan meliar.
“Saya tak mahu jadi seperti itu. Saya nak pandang pasangan saya saja,” katanya.
Menurutnya, itu juga dirasakan sebagai usaha untuk mengelakkan daripada memandang wanita lain.
“Saya tahu, dalam agama mungkin tindakan saya ini salah. Tapi, saya juga manusia biasa, saya cuba untuk mengawal nafsu daripada memandang wanita lain,” katanya.
Ditanya sama ada didekati mana-mana individu selepas berpisah dengan bekas kekasih yang juga pelakon Yasmin Hani, Alif tidak menafikan perkara itu.
“Memang ada. Bukan saja wanita, bahkan lelaki pun ada,” katanya berseloroh.
Terbaharu, Alif kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 20 episod berjudul Jarum Halus arahan Ng Ken Kin.
Selain Alif, drama itu turut dibintangi barisan pelakon antaranya Emelda Rosmila, Zera Hariz, Shasha Abedul, Lia Natalia, Mathni Razak dan ramai lagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd



