Pelakon dan penyanyi, Alif Satar meluahkan rasa bimbang terhadap ahli keluarga dan rakannya yang kini berada di Doha, Qatar dan Arab.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 35, berkata demikian selepas berlaku peperangan antara Iran dan Israel.
“Aku ada keluarga, dan kawan-kawan yang bekerja dan tinggal di Doha dan UAE.. Worried, praying that it doesn’t escalate.. semoga Allah lindung, beri keselamatan dan ketenangan buat semua keluarga Malaysia kat sana..,” tulisnya.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar memaklumkan berlaku beberapa serangan udara dari Iran terhadap pangkalan Al Udeid tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Tehran pada hujung minggu lalu.
Susulan itu, Kedutaan Malaysia di Doha turut memaklumkan Kementerian Luar Negeri Qatar menutup sementara ruang udara Qarar sebagai langkah keselamatan penerbangan keluar masuk negara itu.




