Seperti yang ramai tahu, hari ini merupakan hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan tahun ini.
Justeru itu, pengacara dan pelakon Aliff Satar meluahkan perasaannya kepada pengikutnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Menurut pelakon berusia 31 tahun tersebut, dia berasa sayu saat tiba di masjid sewaktu menunaikan solat fadhu Jumaat pada hari ini.
“Alhamdulillah.. Last Friday in the month of Ramadan.. Ada rasa sayu sampai masjid hari ini. Tak tahu kenapa,” tulisnya.
Sementara itu, pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu berharap agar orang ramai sentiasa dilindungi serta diberikan kesihatan yang baik dari Yang Maha Esa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih dan hiba kerana bulan Ramadan bakal berakhir tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Alif Satar