Alif Satar Tegas Suarakan Isu ‘S*xual Groom*ng’ Kanak-Kanak – “Yang Salah, Tetap Salah”

Alif Satar Tegas Suarakan Isu ‘S*xual Groom*ng’ Kanak-Kanak – “Yang Salah, Tetap Salah”

Pelakon, penyanyi dan pengacara versatile, Alif Satar tampil mengaku dan memandang serius mengenai isu ‘S*xual Grooming’ terutamanya dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini.

Katanya, sebagai umat Islam semua pihak wajib menegah dan melawan perkara ini apatah lagi terdapat segelintir daripada mereka ‘lahir’ dalam komuniti kita sendiri.

“S*xual grooming is definitely a No, No! Memang tak. Sexual predators ke, pedophilia ke, kita sebagai umat Islam memang kena tegah dan melawan walaupun ada segelintir memang daripada orang kita sendiri. Tapi salah, tetap salah.

“Dan sebagai seorang bapa memang saya sangat protective dengan keadaan sekarang ini apatah lagi ada aplikasi yang boleh menghubungkan mereka  kepada orang lain.

“Di belakang dunia maya, kita tak tahu muka dan umur mereka berapa. Saya fikir pengetahuan seks sangat penting buat anak-anak,” katanya.

Alif berkata demikian ketika ditemui usai Majlis Tayangan Perdana Filem Reeza GTR yang berlangsung di GSC Midvalley Megamall baru-baru ini.

Mengaku kanak-kanak kini berdepan dengan dunia yang semakin mencabar, Alif menjelaskan bahawa apabila menghantar anak-anaknya ke sekolah, dia akan sentiasa menitipkan pesanan dan memaklumkan kepada mereka beberapa perkara penting termasuklah siapa yang boleh mengambil atau menyentuh mereka.

“Dunia sekarang mencabar, boleh nampaklah dengan propaganda dari media barat yang bercanggah dengan agama. Dah tentu saya berpegang teguh dengan ajaran agama.

“Saya akan beritahu siapa yang boleh pegang dan siapa yang boleh mereka balik dari sekolah. Jika seseorang sentuh kamu di sini apa kena buat. Memang kena ajar mereka.

“Anak-anak memang diajar dan diberitahu apa yang boleh dan apa yang tak. Saya tak rasa ibu bapa malu nak cakap perkara ini dengan anak-anak sekarang,” ulasnya.

Dalam pada itu, bapa kepada anak tiga ini tidak takut dan tegas dalam menyuarakan pendapatnya berhubung isu berkenaan.

Malah, tidak menolak bahawa kanak-kanak kini menjadikan gajet sebagai ‘teman’ paling rapat mereka.

“Ini adalah masa depan anak, maruah mereka. Kita sebagai ibu bapa kena pertahankan mereka. Tak kiralah apapun, kena ajar betapa pentingnya isu ini.

“Ada juga yang pertahankan mereka yang bersalah tapi, bagi saya tiada jalan untuk menerima perkara ini. Anak-anak saya masih kecil, belum faham tapi kita ikut ajaran Islam, bila masanya dah tak boleh tidur sekatil.

“Selain itu, kita tak boleh berhentikan mereka dari melayan gajet. Memang zaman ini tak dapat dinafikan, tapi ada peraturan dan panduannya. Saya hanya membenarkan penggunaan bajet mengikut waktu dan masanya. Malah, sebagai bahan-bahan untuk pembelajaran mereka,” jelasnya.

Sekadar info, Alif kini tampil menerusi filem terbarunya bersama pelakon jelita, Sophia Albarakbah berjudul Reeza GTR arahan Dr Ahmad Idham yang akan menemui penonton di pawagam terdekat pada 17 Oktoer depan.

Filem kombinasi tiga genre iaitu aksi, komedi, dan romantik terbitan Grand Brilliance Studio Sdn Bhd ini turut menjalain kerjasama dengan  Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran ini akan menemui penonton di pawagam pada 17 Oktober ini.

Scroll to Top