Alif Satar Terharu Keffiyeh Jadi Simbolik Solidariti Di Luar Negara

Alif Satar Terharu Keffiyeh Jadi Simbolik Solidariti Di Luar Negara

Penyanyi dan pengacara versatile, Alif Satar berkongsi berita gembira dan rasa terharu apabila melihat sokongan yang diberikan penduduk dibeberapa negara Eropah terhadap isu Palestin.

Kata Alif, keberadaannya di negara Berlin, Paris dan London baru-baru ini menyentuh hati apabila ramai yang memakai dan menjadikan Keffiyeh Palestin sebagai skarf mereka berbanding penggunaan skarf biasa.

“Beberapa hari lalu akau di Berlin, Paris dan London. Cuaca makin sejuk. Tau tak apa yang aku nampak?

“Ramai orang daripada pelbagai latar belakang memakai Keffiyeh Palestin berbanding skarf biasa yang digunakan,” katanya.

Melihat tindakan solidariti yang dipamerkan masyarakat daripada pelbagai pelusuk dunia tanpa mengira latar belakang, Alif sempat memberikan isyarat tanda keamanan (peace sign) setiap kali terserempak mereka yang memakai keffiyeh.

Dan, lebih manis apabila mereka juga membalas senyuman tersebut dan mengucapkan ‘Free Palestine’.

“Bila saya nampak mereka, saya akan memebrikan tanda isyarat keamanan dan mereka akan membalas dengan senyuman dan melaungkan ‘Free Palestine,” kongsinya.

Scroll to Top