Penyanyi dan pelakon, Alif Satar berkongsi pengalamannya ketika melawat penjara yang didalamnya terdiri dari kalangan pembuli dan banduan lain.
Kata Alif, keadaan banduan yang berada didalam penjara bukan sahaja menyedihkan tetapi juga menyeksakan.
“Saya tak tahu siapa yang perlu tengok video ni. Saya ada satu cerita, pengalaman saya masuk penjara dan sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara.
“Dan macam-macam masalah dan crime yang pernah meraka buat sehingga duduk dalam tu. Saya nak share sikit, mungkin kepada adik-adik yang rasa mereka gangster sangat, nak tunjuk power sampai nak buli orang sampai sebabkan kematian.
“Ada satu kisah ketika bulan puasa, mereka ni nak buka puasa, saya tanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.
“Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, tiada kipas, tiada tilam. Nak buang air dekat hujung bilik. Sangat kasihan,” katanya.
Perkara itu dikongsi Alif menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.
Dalam pada itu, Alif juga sempat menitipkan pesan agar anak muda terutamanya yang beragama Islam supaya patuh pada suruhan dan ajaran Nabi untuk berjaya dunia dan akhirat.
“Tahu tak apa yang cool? Yang cool bila kita ikut apa yang disuruh oleh Nabi. Jaga mak ayah, kau bersungguh-sungguh kejar ilmu, tolong komuniti. Hisap rokok itu pun tak cool’. Orang bodoh je yang fikir kau cool bila kau pukul orang lain.
“Sebelum nak buli orang dankemudian jadi kematian, ingatlah bukan kau sahaja rasa tapi orang di sekeliling akan terkena tempias. Termasuklah kehidupan kau. pa yang saya nak bagitahu jangan tunjuk ‘terer’.
“Allah suruh pergi sembahyang subuh dekat masjid kau tak nak pula, kau tak rasa cool pula? Cool pergi pukul orang. Dekat sosial media pun nak kutuk dan cakap pasal orang… ini ke mentaliti kita? Fikir balik,” katanya.