Kes pertuduhan khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini dilaporkan telah ditangguhkan ke tarikh lain.
Memetik laporan Kosmo! Online, kelibat kedua-dua selebriti popular ini serta peguam mereka masih tidak kelihatan di mahkamah.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan dua tarikh perbicaraan bagi kes ini, iaitu hari ini dan 27 Februari 2025. Mereka berdua didakwa atas pertuduhan khalwat di sebuah kondominium pada 9 Mac tahun lalu.
Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah…

Terdahulu, pada 3 Julai 2023, Aliff dan Ruhainies, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di mahkamah yang sama.
Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa berada bersama Ruhainies, yang bukan isterinya atau mahramnya, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral di kondominium itu pada pukul 12.35 pagi.
BACA: Aliff Aziz Dan Ruhainies Kembali Main Cinta
Aliff didakwa di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, manakala Ruhainies pula didakwa di bawah Seksyen 27(b) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun.
#ApaKataOhmedia
Kes sebegini sepatutnya menjadi pengajaran buat semua. Bukan sahaja ia boleh mencetuskan fitnah tetapi kesannya juga boleh merosakkan reputasi serta masa depan seseorang. Jaga batas pergaulan dan elakkan diri daripada situasi yang boleh menimbulkan syak.
