Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkata dirinya masih lagi solo dan mahu memberi fokus kepada diri sendiri buat masa ini.
Memetik Utusan, Aliff bagaimanapun menyerahkan soal jodoh kepada Allah namun dalam masa sama banyak perkara yang perlu diperbaiki.
BACA: Umi Tak Sengaja Tutup Wajah Bella Pada Gambar Keluarga – Aliff Aziz
“Banyak perkara saya mahu perbaiki dan usahakan, seperti sedang usaha lebih cergas dan fokus kepada kerjaya. Kalau ada rezeki (berkahwin), itu Allah yang tentukan dan semestinya di luar kawalan saya.
“Buat masa ini saya masih ‘single’ (solo), belum bertunang dan berkahwin lagi,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata hidupnya kini lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah serta bergaul dengan jemaah tabligh di Singapura.
“Saya banyak luangkan masa di gim, dengan keluarga dan di set penggambaran. Saya juga dekatkan diri semula dengan agama, jangan salah faham, saya bukan mahu berdakwah sebab itu bukan posisi saya.
“Tapi ia membuatkan saya lebih tenang menghadapi banyak perkara. Saya akui ada banyak perkara yang perlu diperbaiki, tak semua orang sempurna,” katanya.
Dalam pada itu, meskipun sudah dua tahun berlalu insiden ditangkap khalwat namun Aliff mengakui masih terima kecaman daripada netizen.
“Allah bagi ketenangan untuk hadapi semua kecaman, sekarang saya ada satu prinsip bahawa kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Keutamaan saya adalah untuk beri yang terbaik buat diri sendiri.
“Kalau saya ada buat salah pada sesiapa, sekurang-kurangnya saya kena kenal untuk minta maaf. Tapi macam mana pula dengan kata-kata kesat daripada orang yang saya tak kenal? Biarlah itu menjadi urusan Allah,” katanya.
Sumber: Utusan Online




