Aliff Aziz Tumpang Gembira Pertunangan Bella Astillah Dan Syed Saddiq

Aliff Aziz Tumpang Gembira Pertunangan Bella Astillah Dan Syed Saddiq

Oh! Artis

Aliff Aziz beri reaksi matang, tumpang gembira pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq.


Bukan kita sahaja yang gembira tapi bekas suami kepada Bella Astillah iaitu Aliff Aziz turut tumpang gembira atas ikatan pertunangan Bella dan Syed Saddiq.

Menurut Aliff, dia tahu tentang berita pertunangan itu selepas menerima banyak kiriman video dan hantaran daripada orang ramai. Katanya, dia sempat tengok beberapa klip ringkas majlis tersebut.

Gembira lihat anak-anak ceria dengan bakal papa baru

Jadi, saya ada nampak juga beberapa klip ringkas (mereka bertunang) dan secara jujurnya, saya doakan yang terbaik. Saya betul-betul rasa gembira untuk mereka.- Katanya.

Apa yang lebih menyentuh hati, Aliff juga gembira apabila melihat anak-anak mereka turut ceria dalam majlis itu. Bagi dia, kebahagiaan anak-anak adalah perkara paling penting.

Apabila melihat anak-anak saya juga turut gembira di sana, saya rasa sangat gembira. Mereka sentiasa ada dalam doa saya.- Katanya.

Aliff Aziz doakan agar Bella dan Syed Saffiq kekal selamanya

Bukan sekadar ucap tahniah, Aliff turut menitipkan doa agar hubungan Bella dan Syed Saddiq berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Malah, dia harap kebahagiaan itu berpanjangan sampai ke anak cucu.

Buat mereka yang baru saja bertunang, doa saya semoga ikatan ini kekal hingga ke jinjang pelamin dan terus bahagia hingga ke anak cucu, insya-Allah.- Katanya.

Dalam masa sama, Aliff juga merendah diri dengan meminta orang ramai turut mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. Dia sedar sebagai manusia biasa, pasti ada kekurangan.

Untuk korang yang mungkin terlepas, Bella Astillah dan Syed Saddiq selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur. Hubungan mereka terus jadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Bella pernah berkahwin dengan Aliff Aziz pada September 2016. Mereka berpisah pada Mei 2019, rujuk kembali, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden dan Ara.

Pssttt! Kadang-kadang hidup ni tak berjalan seperti yang kita rancang, tapi cara kita hadapinya yang menentukan siapa kita sebenarnya. Kalau dah tak bersama, doakan saja yang terbaik dan teruskan hidup dengan tenang. Korang pun sama, belajar move on dengan matang, bukan dengan drama.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top