Aliff Rakib Hadiah Rumah RM1 Juta Buat Ibu Bapa Dan Bakal Kahwini Wanita Thailand | Trending – Oh! Media

Aliff Rakib Hadiah Rumah RM1 Juta Buat Ibu Bapa Dan Bakal Kahwini Wanita Thailand | Trending – Oh! Media

Trending

Aliff Rakib menghadiahkan rumah RM1 juta kepada ibu bapanya selepas mencipta sejarah sebagai juara dunia ONE Championship.

Di sebalik kejayaan mengharumkan nama negara di pentas dunia, Aliff Rakib pastinya tak pernah lupa insan yang sentiasa berada di belakangnya sejak awal.

Jaguh Muay Thai berusia 22 tahun itu membuat kejutan besar ketika Majlis Sambutan Wira Kelantan di Lembah Sireh pada Sabtu apabila mengumumkan hadiah sebuah rumah bernilai RM1 juta buat ibu bapanya.

Aliff Rakib simpan hasil sendiri demi keluarga

Kredit Foto Aliff Rakib

Pengumuman itu membuatkan bapanya, Rakib Ahmad, 52, dan ibunya, Suriawati Che Wook, 46, tidak dapat menahan sebak. Kedua-duanya mengalirkan air mata sebelum mereka bertiga berpelukan di atas pentas.

Menurut Aliff, wang untuk membeli rumah tersebut datang daripada hasil pendapatan yang dikumpulnya sendiri sepanjang bergiat aktif dalam sukan Muay Thai.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi satu lagi perkembangan dalam hidupnya apabila memberitahu bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis dari Thailand dalam masa terdekat.

Ini adalah duit yang saya simpan sendiri. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu ayah, saya boleh sampai ke tahap ini.

Saya ingin membanggakan mereka. Selain hadiah rumah, saya juga akan membawa kedua ibu bapa menunaikan umrah.- Katanya.

Cipta sejarah di pentas dunia

Kredit Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hadiah tersebut hadir selepas anak kedua daripada empat beradik itu mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship.

Anak jati Kelantan itu menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao menerusi kemenangan TKO pada pusingan kelima dalam aksi The Inner Circle 23 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Kredit Foto Aliff Rakib

Aliff mempamerkan aksi penuh yakin dan disiplin tinggi sebelum memastikan kemenangan bergaya menerusi penyudah pada pusingan terakhir.

Kejayaan Aliff turut diraikan lebih 2,000 rakyat Kelantan menerusi perarakan berkuda, persembahan kebudayaan serta kibaran Jalur Gemilang, bendera negeri dan bendera yang memaparkan namanya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top