Aliff Syukri belum insaf! Muzik video lagu raya kembali kurangkan pahala netizen

Aliff Syukri belum insaf! Muzik video lagu raya kembali kurangkan pahala netizen

Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak asing di kalangan warganet lebih-lebih lagi setiap hantaran yang dikongsikan di media sosial boleh dikatakan ‘menyakitkan’ hati.

Apa yang menambah kemarahan ramai dan masih berlayar di fikiran di mana setiap muzik video lagu nyanyian ‘merdu’ usahawan berusia 36 tahun boleh dikatakan agak keterlaluan, baik lagu raya atau tidak.

Meskipun sedar menerima banyak kecaman dan kritikan terhadap suaranya yang ‘lunak merdu’ bagai katak memanggil hujan, usahawan ini tetap tidak berputus asa menghasilkan lagu dengan berbekalkan keyakinannya sebagai artis nombor satu Malaysia.

Pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman akhirnya berkongsi sedikit rakaman muzik video lagu raya terbaharu nyanyiannya berjudul Cak Kun Cak Raya di laman Instagram miliknya.

“Beri laluan lagu raya no. 1 trending empat tahun berturut-turut.. Cak Kun Cak Raya..”umumnya.

Dalam hantaran yang sama, Aliff Syukri berharap agar lagu tersebut dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada semua orang yang menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, dari artis nombor 1 Malaysia,”tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai baik dari rakan-rakan selebriti, pereka fesyen, pempengaruh media sosial mahu pun warganet di mana mereka mengatakan Aliff Syukri seakan ‘makan’ janji untuk tidak membuat sesuatu yang menaikkan kemarahan ramai terutama di bulan Ramadan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan perangai usahawan terkenal dengan jolokan ‘terlajak laris’ ini seperti anak bulan di mana akan membuat kemunculan menyakitkan hati ramai dengan lagu raya nyanyiannya.

Selain itu, ada juga mempersoalkan fesyen baju yang dipakai olehnya bersama beberapa penari latar yang kelihatan persis pakaian renang dan bukannya baju Melayu.

Malah, mereka turut meluahkan rasa kecewa apabila Aliff Syukri seakan-akan cuba merosakkan pakaian tradisional Baju Melayu.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Scroll to Top