Berita perletakan jawatan Perdana Menteri pada hari ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku.
Namun disebalik ketegangan yang dirasai oleh netizen hari ini, terdapat beberapa individu yang cuba menghiburkan suasana antaranya jutawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri.
Pengasas D’Herbs ini telah berkongsi gambar sekeping borang ‘Permohanan Jawatan Perdana Menteri Ke-9’ di akaun Instagramnya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.
Namun, nombor kad pengenalan yang tertera pada borang itu pula yang menjadi perdebatan hebat di kalangan netizen di ruangan komen.
Ramai yang menegur tindakan Aliff Syukri yang kelihatan sengaja berkongsi nombor kad pengenalannya.
Walau bagaimanapun beberapa netizen yang peka dengan setiap nombor itu memberitahu bahawa nombor belakang sepatutnya ganjil bagi lelaki.
Selain netizen, rakan selebriti, Wak Doyok turut meninggalkan komen bernada gurauan.
Selain itu, dia turut menerima ‘kecaman’ daripada ibunya sendiri yang mengatakan dirinya orang pertama yang akan memberontak sekiranya Aliff Syukri menjadi Perdana Menteri.
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris




