Aliff Syukri Mengaku Berjaya Raih Gaji Lebih RM200,000 Di TikTok

Aliff Syukri Mengaku Berjaya Raih Gaji Lebih RM200,000 Di TikTok

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengaku dia berjaya meraih lebih RM200,000 dalam masa dua jam lebih.

Kata Aliff menerusi perkongsian di TikTok, pada mulanya, dia enggan berkongsi mengenai perkara itu meskipun diasak soalan serupa.

“Kenapa terlalu ingin tahu hal peribadi orang lain? Itu adalah sesuatu yang peribadi.

“Saya tak boleh sewenang-wenangnya berkongsi tentang pendapatan saya.

“Bayangkan jika orang tanya berapa gaji anda dan satu Malaysia tahu, tentu rasa malu, bukan?

“Gaji saya ialah RM280,000.

“Pendapatan daripada sesi siaran langsung berbeza dengan sumber pendapatan yang lain.

“Saya memperoleh RM50,000 untuk satu jam. Jika dua jam, RM100,000,” katanya.

 

Scroll to Top