Aliff Syukri Syukur Anak Raih Hampir RM10,000 Untuk Empat Job

Aliff Syukri Syukur Anak Raih Hampir RM10,000 Untuk Empat Job

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsikan anak sulungnya, Ammar Ahyan menerima beberapa tawaran untuk membuat ulasan berbayar (paid review).

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff berkata ini pertama kali Ammar menerima tawaran kerja sedemikian dan meraih hampir RM10,000 untuk empat tawaran kerja.

BACA: Anak Aliff Syukri Mengaku Terpaksa Buat Live, Takut Kena Marah

“Ini job pertama yang anak saya dapat, Alhamdulillah. Papa promote Ammayan, dah dapat 3 job dah. Dia dapat bayaran untuk 4 job cecah RM10,000,” katanya.

Dapat video berkenaan, Aliff turut membantu memberi bimbingan kepada Ammar untuk menyampai ulasan produk supaya dapat menarik perhatian penonton.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Ammar yang dilihat lebih yakin di hadapan kamera berbanding sebelum ini.


Scroll to Top