Perkongsian seorang individu menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan menerima surat tawaran bagi menunaikan ibadah umrah.
Apa yang menjadi perhatian, menerusi hantaran berkenaan tertera nama syarikat D’Herbs milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri pada surat tawaran.
BACA: Aliff Syukri Kongsi Teaser Lagu Raya, Siti Nurhaliza Komen “Hati Saya Sangat Tersentuh”
Menerusi hantaran itu, individu tersebut mengucapkan terima kasih buat Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida di atas tawaran berkenaan.
Menurutnya, bekerja bukan tenang gaji sahaja tetapi berada dalam persekitaran sihat, penghargaan serta peluang untuk berkembang.

Sementara itu, Aliff dilihat memberikan respon pada hantaran berkenaan dengan mengatakan tawaran tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan buat pekerja yang berdedikasi.
“Allah, tak sangka pula benda ini jadi viral. Saya bagi memang ikhlas sebab awak kerja memang bagus.
“Apa yang penting, walaupun saya bising, awak tak pernah ambil hati. Kerja pun tak berkira masa, takkanlah saya nak berkira dengan awak.
“Terima kasih juga kerana menghargai saya dan menghargai syarikat. Jasa anda amat-amatlah saya hargai,” katanya.




