mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Terima kasih doa mak saya, Bonda Rozita dan isteri, Nur Shahida yang sentiasa bersama saya,” luah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Aliff Syukri berkongsi perasaan gembira dan bersyukur apabila menerima Anugerah Ikon Usahawan di Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Aliff yang berkongsi pencapaian berkenaan di media sosial menyifatkan anugerah itu amat berharga.
“Alhamdulillah rezeki yang tak sangka, saya rasa amat bertuah dapat menerima Anugerah Ikon Usahawan di Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025 yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Terima kasih saya ucapkan di atas penghargaan ini, dan ianya semakin membuat saya ingin lebih berusaha untuk berjaya pada masa hadapan,” katanya.
Menerusi hantaran ini, komen pengikut dan netizen semuanya positif apabila mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Aliff serta menyifatkan beliau layak menerima anugerah ini.
Aliff, 38, yang dilihat seorang yang ‘gila-gila’ menerusi konten kandungan media sosial, sebenarnya seorang yang serius dalam dunia bisnes.
Baru-baru ini, Aliff mendedahkan perlu bekerja keras untuk membayar kos pekerja, penyelenggaraan rumah dan pelbagai komitmen lain.
Dalam pada itu, dia juga tidak lupa membayar zakat apabila diiktiraf sebagai antara penyumbang zakat tertinggi setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Tahun lalu, dia membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta.
© New Straits Times Press (M) Bhd




