suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Aliran trafik di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dilaporkan sesak susulan peningkatan jumlah kenderaan serta insiden kemalangan, petang ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan berkata, setakat jam 5.05 petang, keadaan cuaca adalah baik namun kesesakan dikesan di kedua-dua arah.
“Bagi arah utara, trafik perlahan antaranya di laluan Bukit Tagar ke Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Tapah ke Gua Tempurung, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Menora, Bukit Berapit ke Changkat Jering.
“Selain itu, turut terkesan ialah Bukit Merah ke Alor Pongsu, Jawi ke Bandar Cassia, Permatang Pauh ke Sungai Petani Utara, Gurun ke hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun, Alor Setar ke Hutan Kampung serta Bandar Darul Aman ke Plaza Tol Jitra,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
LLM berkata, bagi arah selatan pula, trafik perlahan melibatkan Kepala Batas ke Hutan Kampung, Alor Setar ke Pendang, Pendang ke Gurun, persimpangan Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Juru.
Selain itu, katanya, aliran trafik turut perlahan di laluanBandar Cassia ke Alor Pongsu, Bukit Merah ke Taiping Utara, Sungai Perak ke Terowong Meru, Sungkai ke Slim River serta Tapah ke Bidor.
“Bagi laluan Tanjung Malim ke Lembah Beringin berlaku kemalangan di Kilometer (KM) 409.5, lorong kanan dan tengah terhalang,” katanya.
Dalam pada itu, LLM menasihatkan orang ramai merancang perjalanan dengan menggunakan cadangan jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya utama.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini lebuh raya bertol seluruh negara melalui hotline 1-800-88-7752, saluran WhatsApp LLM Info Trafik, aplikasi X @Ilminfotrafik, Facebook LLM, TikTok @Ilmtrafik serta aplikasi TUJU untuk paparan CCTV lebuh raya dan aduan kerosakan melalui aplikasi MYJalan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




