suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung dilaporkan bergerak perlahan dengan jangkaan kelewatan di beberapa lokasi setakat 2.10 petang, hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan memaklumkan, trafik perlahan membabitkan laluan di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) serta Tambak Johor.
“Bagi LUS@E1 arah selatan, kesesakan dilaporkan dari Sungai Perak Kilometer (KM) 257.3 ke Terowong Meru, Simpang Pulai ke Gopeng, Gopeng ke Tapah, Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River.
“Sementara itu, bagi Bukit Beruntung ke Sungai Buaya berlaku kesesakanberikutan kemalangan di KM 433.8 arah selatan yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang,” kata kenyataan itu, hari ini.
LLM berkata, di LUS@E2 arah utara pula, trafik perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng Selatan susulan kemalangan di KM 90.2 arah utara yang menghalang lorong kecemasan dan lorong kanan, selain kesesakan dari Pedas Linggi ke Senawang.
Katanya, bagi arah selatan LUS@E2, aliran perlahan dilaporkan dari Putra Makhota ke Nilai, Hentian Sebelah Yong Peng ke Yong Peng Utara, Yong Peng Utara ke Yong Peng Selatan, Yong Peng Selatan ke Ayer Hitam serta Machap ke Simpang Renggam.
Menurut LLM, kesesakan turut dilaporkan di Tambak Johor@E2 arah utara iaitu dari pertengahan jambatan ke CIQ Sultan Iskandar, Johor Bahru.
“Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)@E8, trafik arah timur perlahan dari Gombak (KM 31.0) ke Genting Sempah manakala arah barat dari Bentong Timur ke Mempaga, Mempaga ke Lentang, Genting Sempah ke Terowong serta Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.
“Selain itu, di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)@E35 arah selatan, aliran perlahan dilaporkan dari Bukit Jelutong NKVE ke persimpangan Jalan Monfort,” katanya.
Dalam pada itu, LLM turut mengingatkan penunggang motosikal bahawa lorong kecemasan digunakan oleh kenderaan yang berhenti akibat kerosakan atau kecemasan lain.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian hotline 24 jam 1800-88-7752, saluran WhatsApp LLM Info Trafik, Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, laman web rasmi www.llm.gov.my selain aplikasi TUJU dan MYJalan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



