razis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia masih terkawal biarpun berlaku peningkatan kenderaan setakat jam 9 malam ini.
Berdasarkan paparan kamera litar tertutup aliran trafik di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2.
Di Lebuhraya PLUS arah Utara, pertambahan jumlah kenderaan boleh dilihat di beberapa lokasi termasuk di Simpang Pulai, Rawang dan Sungai Buloh.
Sementara, di Lebuhraya Plus arah Selatan, jumlah kenderaan bertambah di Seremban, Port Dickson dan Kulai.
Selain itu, Pergerakan trafik di Lebuhraya KL-Karak (KLK) turut berjalan lancar, manakala trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 setakat ini masih lengang.
© New Straits Times Press (M) Bhd




