Aliran trafik LPT2 dijangka sesak lewat petang ini

Aliran trafik LPT2 dijangka sesak lewat petang ini

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dijangka kembali sesak bermula lewat petang ini apabila perantau memulakan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Wilayah LPT2, Mohamad Pazli Kasim berkata, pihaknya menjangkakan 60,000 kenderaan melalui lebuh raya berkenaan bermula 6 pagi tadi hingga 6 pagi esok.

Justeru katanya, orang ramai yang mahu memulakan perjalanan pulang ke ibu kota merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Kita menjangkakan bermula petang ini aliran trafik mulai sesak dengan jangkaan kenderaan masuk purata 5,000 buah setiap jam.

“Bagi mengurangkan kesesakan, kita akan membuka keseluruhan tiga lorong masuk di Plaza Tol Kuala Terengganu dekat Gemuruh, Kuala Nerus.

“Lorong tambahan akan dibuka sekiranya perlu. Setakat jam 12 tengah hari tadi, aliran trafik masih lancar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, LPT2 bukan sahaja menjadi laluan utama rakyat negeri ini untuk pulang ke ibu kota sebaliknya ia turut menjadi laluan pilihan bagi sebahagian penduduk di Pasir Puteh dan Kota Bharu, Kelantan untuk ke Kuala Lumpur.

Mohd Padli berkata, aliran trafik dijangka mengalami kesesakan di enam susur masuk utama sepanjang lebuhraya berkenaan iaitu Ajil – Kuala Terengganu (R7) di Kilometer (KM)403 – KM433.

“Susur masuk lain, Bukit Besi – Ajil (R5&R6) di KM365-KM403, Paka-Bukit Besi (R4) KM331-KM365, Kerteh – Dungun (R3) KM319-KM349), Cukai- Kerteh (R2) KM287-KM319 dan Jabur-Cukai (R1) di KM250-KM287.

“Setakat ini trafik di kedua-dua arah di lokasi berkenaan masih lancar,” katanya.

tamat

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top