
Imbas kembali…Aksi Mo’unga semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia Ragbi Jepun 2019, New Zealand dan Ireland di Stadium Tokyo di Chofu, Tokyo, Jepun pada 19 Oktober 2019. – Foto Agensi
NEW ZEALAND All Blacks lebih selesa dengan status pasukan bukan pilihan apabila berdepan pasukan nombor satu dunia, Ireland di pentas suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint Dennis pada Ahad.
Pemain All Blacks, Richie Mo’unga berkata, status itu tidak menjejaskan tumpuan dan misi pasukan di temasya sukan terbesar ragbi dunia.
Sebaliknya pemain berusia 29 tahun itu menyifatkan aksi berdepan Ireland merupakan motivasi terbaik buat juara dunia tiga kali tersebut.
“Status bukan pilihan di kejuaraan dunia berprestij sukan ragbi ini bukan satu masalah besar kepada kami.



