Trending
3 Idiots 2 dilaporkan bakal diterbitkan dengan Aamir Khan dan barisan pelakon asal kembali. Sekuel paling dinanti peminat Bollywood!
Selepas 15 tahun mencipta fenomena global, filem ikonik 3 Idiots dilaporkan bakal kembali dengan sebuah sekuel yang kini dalam perancangan pihak produksi. Berita ini nyata mengubat rindu peminat yang sekian lama menantikan sambungan kisah legenda Bollywood itu.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Aamir Khan, Kareena Kapoor Khan, R. Madhavan dan Sharman Joshi dilaporkan bersetuju untuk kembali bagi projek mega arahan pengarah tersohor Rajkumar Hirani.
Sekuel ini bakal menyatukan semula barisan pelakon asal yang kali terakhir bekerjasama menerusi filem 3 Idiots (2009), sekali gus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat.
3 Idiots mengubah perspektif masyarakat

Filem asal 3 Idiots bukan sekadar mencatat kutipan pecah panggung, malah kekal relevan sehingga kini kerana mesej mendalam tentang tekanan akademik, persahabatan dan makna kejayaan sebenar.
Dialog ikonik seperti “All is well” serta babak lucu dan menyentuh hati menjadikan karya ini malar segar dan antara filem paling berpengaruh dalam sejarah sinema India moden.
Penerbit terkenal Vidhu Vinod Chopra turut dikatakan kembali menyertai projek ini bersama Rajkumar Hirani dan Aamir Khan, menjadikan 3 Idiots 2 sebagai antara kolaborasi paling besar dan dinantikan dalam industri Bollywood.
Kisah dewasa Rancho, Farhan dan Raju?

Buat masa ini, jalan cerita 3 Idiots 2 masih dirahsiakan. Namun, spekulasi awal menyebut filem ini mungkin memaparkan kehidupan Rancho, Farhan dan Raju selepas memasuki alam kerjaya, berdepan cabaran baharu sebagai orang dewasa.
Di media sosial, peminat dari seluruh dunia menyifatkan projek ini sebagai “reunion paling bersejarah” dalam dunia perfileman India.
Pssttt! Kadang-kadang, karya hebat tak perlu dicipta semula
cukup disambung dengan jiwa dan mesej yang sama. Kalau “All is well” dulu berjaya menyentuh hati, harapnya sekuel ini juga.
Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




