“Allah Kejut Saya Bangun Tahajjud Tanpa Jam Loceng” 

“Allah Kejut Saya Bangun Tahajjud Tanpa Jam Loceng” 

Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur apabila sering terjaga pada waktu malam untuk menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna berkata dirinya jauh dari sempurna namun dia menganggap itu adalah tanda Allah mahu mendekatkan dirinya dengan ibadah.

BACA: Dulu Belanja RM100,000 Beli Barang Mewah, Anzalna Kini Pilih Bantu Insan Memerlukan

“Saya jauh daripada sempurna. Namun entah bagaimana, Allah selalu membangunkan saya untuk Tahajjud tanpa bantuan jam loceng dan itu bukan satu kebetulan,

“Itu Allah yang membangunkan saya, menjemput saya untuk berbicara dengan-Nya. Hati saya terasa begitu penuh dengan rasa syukur. Saya sedar bahawa itu kerana Dia mahu bertemu hamba-Nya.

“Walaupun saya penuh dengan kelemahan, Dia tetap menjemput saya di saat paling sunyi di malam hari. Betapa besar rahmat dan kasih sayang daripada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,” tulisnya.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah sentiasa mencari cinta Allah.


Scroll to Top