Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, memohon doa daripada peminat selepas mendedahkan dirinya tidak dibenarkan terbang ke Korea oleh tiga doktor pakar berikutan keadaan kesihatannya yang belum stabil.
Menerusi perkongsian di media sosial, Amira berkongsi momen manis bersama suaminya yang juga, aktor popular Fattah Amin, yang menemaninya di hospital sebelum berlepas ke Korea atas urusan kerja.
Menurut penyanyi lagu Rasa & Takdir itu, keputusannya untuk tidak ikut serta ke Korea dibuat atas faktor kesihatan dan nasihat pakar.
“Comel sangat suami saya. Saya pujuk dia suruh fly juga sebab kesian dekat team Rissa dah prepare A to Z. Allah sebaik-baik perancang kan.
“Terima kasih teman saya tidur hospital semalam. Be safe and have fun in Korea. Saya tak lepas lagi nak terbang. 3 doktor pakar saya jumpa semua cakap tak boleh fly lagi buat masa ni sebab cuaca sana sejuk kan? Tapi insya-Allah doakan saya selalu.
“Ok je ni sikitt lagi. I love you ©fattahaminz. Saya kirim ©thelikeyuti jaga awak ya,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah turut memuat naik hantaran sama sambil menitipkan doa buat isteri kesayangannya itu.
“Semoga Allah melindungi isteri saya dan beri kesembuhan secepatnya. Amin Ya Rabbal Alamin. I love you @amiraaothman,” balasnya.
Bagimanapun, sehingga kini punca sebenar Amira dimasukkan ke hospital masih belum diketahui.

Terdahulu, Fattah memohon doa buat kesembuhan isterinya menerusi muat naik foto memaparkannya sedang berada di bilik wad sebuah hospital.
“Doakan isteri syurga saya,” tulisnya ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN:Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Mohon Doa Buat Isteri Syurga
ARTIKEL BERKAITAN:“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN:Selebriti Hadir Persandingan Fattah Amin & Amira Othman Dikritik, Erma Fatima Tampil Bersuara! – “Ziarah Orang Meninggal, Hadir Kenduri Sesuatu Yang Baik”
ARTIKEL BERKAITAN:Tersedar 2 Jam Sebelum Majlis, Anzalna Mohon Maaf Berbusana Putih Ke Resepsi Fattah Amin & Amira Othman




