Pelakon dan pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau dikenali Along Cham didakwa dengan dua pertuduhan miliki ganja di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Along Cham mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis pada Sabtu lepas.
“Tidak (mengaku tidak bersalah),” katanya.
Mengikut pertuduhan pertama, Along didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah teres di Cyberj 9, Cyberjaya, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Miliki Ganja Seberat 60.3 Gram, Along Cham Disambung Reman 4 Hari
ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Direman 5 Hari, Disyaki Miliki Ganja
Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan sebat maksimum 10 sebatan.
Along merayu jaminan dibuat
Meskipun Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak boleh dijamin, Along bagaimanapun, merayu agar jaminan diberikan dek kerana anak yang akan bersekolah tahun depan.
“Saya merayu jaminan kerana ada anak mula bersekolah,” katanya.
Namun, Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
“Dah cakap tak boleh jamin, law (undang-undang) kata tak boleh jamin, alasan anak sekolah ke apa, memang law kata tak boleh jamin.
“Kalau boleh jamin dan bergantung kepada mahkamah, boleh saya pertimbangkan untuk bagi jamin. Tapi undang-undang kata tak boleh jamin,” katanya yang turut menetapkan sebutan kes untuk laporan kimia pada 27 Januari depan dan tarikh perbicaraan ditetapkan 28 Februari tahun hadapan.
ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Along Cham Kembali Bergelar Suami, Tamatkan Zaman Duda
ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kahwin Kena Ada Keinginan” – Lebih 7 Tahun Menduda, Along Cham Belum Terbuka Hati Cari Pengganti
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Zalim! Tapi Masih Ramai Yang Tak Tahu..” – Along Cham Dedah Punca Kenapa Larang Bekas Isteri Jumpa Anak
ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019
Sumber: Berita Harian



