Pengarah dan pelakon, Along Kamaludin tampil memberikan respons susulan isu kontroverrsi membabitkan nyanyian pelakon jelita, Nur Fazura yang dikatakan sumbang.
Kata Along atau nama penuhnya, Shahrom Kamaludin, 57, dia sedar apabila ada rakan artis yang mengutuk dan memberikan kritikan terhadap nyanyian Fazura, namun mempersoalkan adakah artis tersebut pernah membuat persembahan dan menyanyi di Indonesia sama seperti yang dilakukan aktres itu.
Malah, Along berpendapat, tindakan mengkritik itu sepatutnya tidak dilakukan sebaliknya memberikan kata-kata positif terhadap ibu anak satu itu.
“Bagi saya bila akan artis mengeluarkaan kenyataan berbaur negatif itu hak masing-masing.
“Mengutuk ataupun memuji, fikirlah… Fazura tu menyanyi sampai ke Indonesia, yang artis kutuk tu sampai tak menyanyi dekat sana?
“Sepatutnya mereka bagi encouragement, bukan nak kutuk atau kritik. Lagipun kita hidup ni ada masa kita akan jatuh, jadi kena berhati-hati,” ulasnya.

Dalam pada itu, Along juga meminta agar netizen tidak mengutuk nyanyian Fazura memandangkan kemungkinan terdapat masalah teknikal ketika persembahan tersebut dilakukan sehingga menyebabkan nyanyian tersebut kedengaran sumbang boleh berlaku.
“Kepada netizen tak payahlah nak kutuk Fazura. Itu dia mencuba.
“Saya bukan nak bodek, tapi bagi saya dia mencuba… Semua orang mencuba, semua orang boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Menyanyi ke? berlakon ke? Ada juga pelakon yang kayu dan tak boleh berlakon.
“Tapi macam Fazura, dia cuba untuk menyanyi tapi mungkin masa live tu dia gabrah, dan berdasarkan pengalaman saya, kalau kita menyanyi dan pakai ear piece dan muzik kiri kanan masuk kita tak boleh dengar sangat.
“So, bagi saya dia mencuba. Jadi tak payah lah kita nak kutuk-kutuk sangat.
“Dan tak salah pun mencuba. Cuma mungkin masa tu kita pun tak tau apa masalah sehingga menyebabkan suaranya sumbang. That’s life.
“Lagi satu, saya tak setuju kalau ada kumpulan ni kutuk dia dan ada kumpulan lain yang kata dia tak sepatutnya menyanyi termasuklah pergi kelas dan sebagainya. Sesiapa pun boleh menyanyi,” katanya.

Terdahulu, nyanyian Fazura ketika hadir pada program temu bual yang di adakan di Indonesia baru-baru ini menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan masyarakat.
Sehinggakan, ramai pihak termasuklah rakan artis tampil menegur nyanyiannya termasuklah ada yang mengatakan dirinya ‘tone deaf’ dan perlu segera mendapatkan bimbingan guru vokal.
ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”
ARTIKEL BERKAITAN:“Fazura Boleh Nyanyi, Cuma Perlu Ambil Kelas Vokal” – Ajai
ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura, Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”
ARTIKEL BERKAITAN:Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”




