“Tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk top 3 gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi”.
Demikian respons penyanyi rap yang kini memegang status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Altimet.
Menerusi temu bual podcast yang dihoskan oleh Shuib, Shuk dan Fizie, Altimet atau nama sebenarnya, Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad berkongsi bahawa gaji yang diterimanya kini mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.
“Sebagai seorang Yang Berhormat (YB), di Selangor basic campur elaun semua boleh bersih dalam RM16,000.
“Tak salah saya top 3 dekat Malaysia dari dewan tak kira parlimen lah, tanggungjawab lagi besar, dia punya gaji lagi besar. Tapi Dewan Negeri dan peringkat negeri top 3 paling tinggi antaranya adalah Selangor,” katanya.
Mengulas lanjut, ketika disoal sama ada ADUN juga ada mendapat kelebihan seperti menerima elaun dan sebagainya, Altimet memaklumkan, insentif yang diterima sama seperti mereka yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
“Macam kakitangan kerajaan juga, kami ada kemudahan untuk loan untuk membeli rumah dan kereta.
“Dan sebahagian daripada elaun yang diterima, memang ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu itu wajib digunakan.
“Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan wajib digunakan. Jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak nanti akan ditegur oleh bos,” jelasnya.
@dolspodcast Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor 📞 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif 💻 www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast
Untuk rekod, Altimet kini menjawat jawatan sebagai ADUN Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor selepas memperoleh undian tertinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Ogos tahun lalu.