Alvin Chong & Anis Nabilah Buat Penampilan Khas, Perkenalkan ‘Maritozzi’ Makanan Istimewa Rom Purba

Alvin Chong & Anis Nabilah Buat Penampilan Khas, Perkenalkan ‘Maritozzi’ Makanan Istimewa Rom Purba

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong bersama cef selebriti, Anis Nabilah tidak melepaskan peluang untuk membuat penampilan khas pada pembukaan cawangan illy Caffee yang bertempat di NU Sentral, Kuala Lumpur pada Khamis.

Selain membuat penampilan khas pada majlis pembukaan cawangan terbesar illy Caffee itu, kedua-dua artis ini mengambil peluang untuk memperkenalkan makanan baharu berupa pastri istimewa dari Rom purba iaitu Maritozzi.

Lebih istimewa, terdapat enam hidangan Maritozzi yang diperkenalkan pada acara berkenaan yang merupakan ciptaan Anis sendiri.

“Saya berasa teruja untuk kerjasama ini kerana kami sedang memperkenalkan rangkaian atau hidangan Maritozzi yang lazat.

“Terdapat 6 perisa untuk Maritozzi iaitu Mushroom pesto, Roasted Salmon bersama mascapone, Bresaola Daging dan jem harbanero butan sendiri dan Truffled Telur Kacau beserta Sosej Ayam, Mayonis Tuna Pedas dan Paprika Udang dan manisnya perisa (Maritozzo Klasik, Pistachio & Maritozzo Karamel Masin, Maritozzo Raspberi, dan Tiramisu Maritozzo).

“Kami berharap orang ramai akan sangat teruja untuk pelancaran baharu ini,” ulasnya.

Dalam pada itu, kedua-dua selebriti ini kemudian diminta untuk menghasilkan Maritozzi buatan mereka sendiri untuk pengenalan kepada khalayak.

Terdahulu, Maritozzi didatangkan dengan dua hidangan berbeza iaitu, pedas dan manis bertujuan untuk dipadankan dengan kopi terbaik yang dihasilkan oleh Illy Caffee.

Sekadar info, jenama kopi dan kafe yang terkenal di seluruh dunia, Illy Caffee telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi outlet terbarunya di NU Sentral.

Pengembangan strategik ini bertujuan untuk membawa kopi berkualiti tinggi jenama ini lebih dekat kepada peminat kopi di tengah Kuala Lumpur.

Scroll to Top