suliati@hmetro.com.my
Semangat kebersamaan serta menghargai masjid bersejarah menjadi asas dalam membina hubungan yang utuh dan berterusan.
Sebagai pusat komuniti, masjid terus melahirkan rasa kekitaan dan merapatkan ukhuwah, selain memacu usaha memelihara warisan untuk generasi mendatang.
Justeru, McDonald’s Malaysia, syarikat 100 peratus milik orang Islam melangkah ke hadapan untuk menyokong peranan masjid melalui Program Kembara Komuniti Masjid yang dianjurkan bersama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM).
Bersiaran setiap Selasa, jam 9.50 malam di TV3, program ini membawa penonton meneroka enam masjid di seluruh negara yang sarat dengan keunikan sejarah dan kepentingan komuniti hingga kini.
Kali ini, Masjid Jamek Tanah Datar, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan menjadi destinasi Kembara Komuniti Masjid.
Dengan sentuhan seni bina yang mempunyai pengaruh kehadiran pedagang Cina dan Arab, manakala pembinaannya adalah berpandukan Adat Pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, masjid yang sudah berusia 124 tahun itu, penuh dengan tinggalan warisan zaman berzaman.
Bagaimanapun, dengan keadaan yang semakin uzur, pada 1980 masjid baru dibina bersebelahannya dengan ruang yang lebih besar, sekali gus membolehkan pelbagai aktiviti diadakan bagi mengimarahkan masjid.
Antaranya kuliah Subuh dan Maghrib setiap hari, kelas mengaji untuk wanita tiga kali seminggu, bacaan Yasin dan tahlil pada pagi Jumaat.
Bagi merapatkan lagi ukhuwah antara kariah dan penduduk sekitar, masjid ini menganjurkan aktiviti berbasikal setiap bulan sejak enam tahun lalu.
Uniknya, basikal yang digunakan adalah basikal klasik yang dihias bagi menambahkan seri dan keceriaan aktiviti ini.
Aktiviti itu juga tidak hanya untuk beriadah, tetapi dapat merapatkan ukhuwah antara kepimpinan masyarakat dan ahli kariah dalam kawasan Chengkau ini.
Menerusi aktiviti kayuhan itu juga, pihak masjid turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.
Amal dalam riadah. Aktiviti ini sememangnya dapat memperkuatkan perpaduan antara komuniti.
Dalam usaha untuk memelihara warisan tradisi, aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan lama Masjid Jamek Tanah Datar diadakan dengan kerjasama McDonald’s Malaysia, Harian Metro dan kariah masjid.
Sebagai penghargaan dan tanda komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat, McDonald’s Malaysia dan Harian Metro giat menjalankan program Titipan Kasih dalam membantu komuniti setempat.
Menerusi program ini, seramai 50 golongan asnaf dan kariah yang memerlukan menerima sumbangan kotak rezeki.
Pada majlis sama, McDonald’s Malaysia turut memberi sumbangan kepada kumpulan marhaban kaum muslimat Masjid Jamek Tanah Datar iaitu sepersalinan pakaian dan pembesar suara mudah alih.
Usai majlis, pek makanan diagihkan kepada kariah dan penduduk setempat yang hadir.
Komitmen McDonald’s Malaysia kepada komuniti Muslim terus tidak berhenti.
Bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan, setiap tahun McDonald’s Malaysia menganjurkan aktiviti kemasyarakatan menerusi program TKHM bersama McDonald’s Malaysia.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk majlis buka puasa, memberi bantuan kepada asnaf, memasak bubur lambuk dan menaja moreh.
McDonald’s Malaysia turut menyambut Aidilfitri dengan komuniti, menyumbang lembu korban ke masjid sempena Aidiladha dan terkini, Program Kembara Komuniti Masjid.
McDonald’s Malaysia juga menyediakan minuman kepada jemaah pada setiap solat Jumaat di masjid terpilih seluruh negara dan menyumbang hidangan McDonald’s untuk dinikmati semasa waktu moreh dimasjid atau surau terpilih.
Bukan itu saja, setiap tahun McDonald’s Malaysia akan melaksanakan lebih 19,000 aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara menerusi ‘Program Komuniti McDonald’s & RMHC’ iaitu inisiatif besar yang memayungi semua aktiviti kemasyarakatan McDonald’s Malaysia untuk segenap lapisan masyarakat.
Antaranya adalah menceriakan warga emas semasa sambutan Hari Bapa dan Sambutan Tahun Baru Cina di rumah-rumah jagaan, mencipta detik-detik indah bersama anak yatim dengan meraikan hari jadi pada setiap tahun, menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan, memberi bantuan kepada mangsa banjir dan pelbagai lagi aktiviti yang bermakna.
Ia selari dengan teras syarikat untuk menjadi jiran yang prihatin kepada komuniti di sekitar lokasi operasi restorannya di lebih 370 lokasi seluruh negara.
Saksikan Kembara Komuniti Masjid malam ini, jam 9.50 di TV3!
© New Straits Times Press (M) Bhd




