Amalkan budaya Islam, jangan bazir wang bakar mercun

PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada semua umat Islam.

Sempena perayaan ini, kami menyeru kepada semua yang ingin pulang ke kampung agar berhati-hati di jalan raya dan juga menjaga kesihatan sepanjang perayaan tahun ini.

Umat Islam dinasihatkan agar menggunakan peluang yang ada pada penghujung Ramadan dapat melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya, tidak membazir membeli barangan yang tidak berfaedah dan digalakkan dalam ajaran Islam. Antaranya membakar mercun di penghujung Ramadan kerana budaya membakar mercun bukanlah budaya atau ajaran Islam.

Kerajaan harus mengawal mereka terutama golongan muda yang suka membakar mercun dan mengganggu ketenteraman awam. Bunyi bising akibat pembakaran mercun yang tidak terkawal boleh membahayakan keselamatan orang ramai malah kanak-kanak yang bermain tanpa pengawasan juga terdedah kepada kecederaan.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, lebih baik wang yang ada digunakan untuk menyediakan keperluan harian yang mendapat manfaat daripada pembaziran membeli barangan yang memudaratkan keselamatan.

Semoga tahun ini semua umat Islam dapat beribadah dengan aman dan selamat. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima Allah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS
Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 19/4/2023

Advertisement