Amalkan ‘Liquid Diet’, Sweet Qismina Hilang 10 KG Dalam Masa Sebulan Demi Filem Babah

Amalkan ‘Liquid Diet’, Sweet Qismina Hilang 10 KG Dalam Masa Sebulan Demi Filem Babah

Pelakon, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (Kg) demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre dalam filem Babah.

Sweet atau nama sebenarnya Farhnna Qismina Supandi, 27, berkata dia mendapatkan nasihat doktor pakar nutrisi, sekali gus menepis dakwaan melakukan prosedur bariatrik atau potong usus.

“Saya dapatkan nasihat pakar diet dari hospital, jadi tiada istilah saya potong usus untuk cepat kurus.

“Sejujurmya, saya amalkan liquid diet, iaitu hanya minum susu sahaja sepanjang hari. Kalau lapar sangat, saya akan makan epal atau sebiji telur sahaja,” katanya.

Sweet berkata demikian ketika ditmeui di tayangan filem Babah bersama media di TGV One Utama, Petaling Jaya pada Isnin.

Jelas Sweet lagi, dia berjaya hilang 5 kg selama seminggu namun pihak penerbit memintanya untuk tampak kurus lagi.

“Dalam seminggu saya berjaya turun lima kilogram tapi penerbit minta turunkan berat badan lagi supaya nampak lebih kurus dan cengkung.

“Jadi selepas jadual penggambaran diaturkan kembali, saya berjaya turun 10 kilogam dalam masa sebulan.

“Dari berat saya 53 kg, saya berjaya capai 43 kg demi menjayakan babak sakit itu.

Sekadar info, filem Babah yang sudah tiga minggu berada di pagawam kini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM6 juta.

Selain Sweet, pelakon lain yang turut menjayakan filem Babah adalah Qi Razali, Cristina Suzanne, Adam lee dan Kis Aisha.

Scroll to Top