Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

Tiada siapa akan dilindungi sekiranya didapati menyeleweng dan mengkhianati amanah rakyat, termasuk membabitkan institusi seperti Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan, terutama apabila perbuatan segelintir individu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya.

Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

“Saya tegaskan bahawa kita tidak akan melindungi atau membiarkan sesiapa terlepas, kerana perbuatan sakau segelintir manusia ini telah menyebabkan kita semua, sama ada Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak serta yang lain, terpaksa menanggung akibatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

  

Anwar berkata, kerajaan ketika ini masih bergelut dengan saki-baki kebobrokan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

“Kalau kita tidak bertindak, kita dituduh lemah dan mengkhianati reformasi. Kalau bertindak pula, kita dituduh berdendam. Katakanlah apa sahaja,” katanya.

Terdahulu, Anwar hadir pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

Artikel lain: RCI TH: Jangan serah pada orang lain jawab! Pembangkang tak perlu hadir kerana PM tiada – Abdul Hadi

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar sebelum ini memaklumkan kerajaan akan meneruskan usaha membongkar isu membabitkan Felda selepas penelitian terhadap isu penyelewengan di TH selesai.

Beliau berkata, perkara itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menitahkan supaya siasatan terhadap institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Scroll to Top