Amanilife memperkukuh jenama dan strategi pemasarannya dengan mengumumkan pelantikan legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, 53, sebagai duta rasmi bagi produk Gel Amani.
Duta rasmi Gel Amani
Mirnawan yang sinonim dengan gelaran ‘The Boss’ dalam arena hoki negara, bukan sahaja dikenali sebagai bekas kapten pasukan kebangsaan tetapi juga figura yang membawa Malaysia ke pentas dunia menerusi tiga edisi Sukan Olimpik iaitu Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000.
Menurut Amanilife, pelantikan ini bukan sekadar gimik pemasaran, tetapi satu langkah simbolik yang mencerminkan komitmen syarikat dalam mengangkat nilai keberkesanan dan kepercayaan terhadap produk tempatan.
Difahamkan, Mirnawan sendiri telah menggunakan Gel Amani sejak 10 tahun lalu bagi membantu melegakan sakit otot dan sendi yang sering dihadapi atlet dan individu aktif.
“Beliau memilih untuk bersama Amanilife kerana percaya pada keberkesanan Gel Amani yang digunakannya sejak 10 tahun lepas untuk melegakan sakit Otot dan sendi demi mengekalkan gaya hidup aktif,” kata Amanilife dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mirnawan ketika diperkenalkan sebagai duta rasmi Gel Amani di Hotel Concorde, Shah Alam pada Selasa
Sejak berada di pasaran pada tahun 2014, Gel Amani mengekalkan reputasinya sebagai produk sapuan pilihan rakyat Malaysia bagi melegakan kesakitan di bahagian tengkuk, bahu, pinggang dan lutut.
Ia kini digunakan secara meluas, termasuk dalam kalangan warga emas, atlet profesional dan individu yang menjalani gaya hidup aktif.
Amanilife turut menyatakan bahawa Gel Amani telah berjaya menembusi pasaran Singapura sejak 2021 dan kini sedang dalam rundingan untuk memasuki pasaran Indonesia, Brunei serta beberapa negara di Timur Tengah.
Artikel lain: Bekas atlet pertahan rekaan baju sukan Olimpik negara -“Unik & berbeza”
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra berkata, pihaknya percaya kolaborasi bersama Mirnawan bukan sahaja mampu melonjakkan nama Gel Amani, tetapi juga menyemarakkan semangat gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
“Tapi bukan hanya di Malaysia, malahan luar negara dapat menjalani hidup yang lebih sihat dan aktif, serta beribadah dengan lebih selesa tanpa dibelenggu masalah sakit otot dan sendi,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Leo Adi Putra (kanan) melantik Mirnawan sebagai duta rasmi Gel Amani
Untuk makluman, kelebihan utama Gel Amani terletak pada mutu penghasilannya yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikannya pilihan selamat untuk seisi keluarga.
Produk ini kini ditawarkan pada harga RM27 (30ml) dan RM37 (60ml), satu penetapan harga yang mampu milik bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai rakyat Malaysia.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman rasmi www.amanilife.my atau menghubungi terus menerusi WhatsApp di talian 019-9996686.