Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri, Pantai Timur Di Tahap Bahaya | Oh! Media

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri, Pantai Timur Di Tahap Bahaya | Oh! Media

Beberapa negeri di Malaysia dinasihatkan bersedia dengan pelbagai kemungkinan berikutan hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan mengikut tiga kategori iaitu bahaya, buruk dan waspada.

Amaran hujan lebat berterusan hingga Jumaat

hujan lebat

Hujan sangat lebat dijangka melanda di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 29 November 2024 (Jumaat).

  • Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai.
  • Terengganu: Semua daerah.
  • Pahang: Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan berikut:

  • Kedah: Padang Terap, Sik, Baling.
  • Perak: Hulu Perak.
  • Kelantan: Gua Musang.
  • Pahang: Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Bera.
  • Johor: Mersing.

Untuk kategori waspada, hujan dijangka berterusan di Perlis, Pulau Pinang, dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor, serta Sabah (Sandakan dan Kudat).

Beberapa kawasan di Kelantan dah banjir

Meninjau ke media sosial TikTok, rakyat di Kelantan telah berkongsi informasi semasa keadaan rumah yang sudah dinaiki air.

Lapor Sinar Harian, setakat ini seramai 1,338 mangsa telah dipindahkan ke 39 pusat pemindahan sementara (PPS) pada Rabu.

Jajahan Jeli merekodkan mangsa paling ramai iaitu 320, Pasir Mas seramai 301 mangsa, Kuala Krai seramai 243 mangsa, kemudian diikuti Pasir Puteh, Tanah Merah, Bachok, Kota Bharu, dan Machang.

Dilaporkan, lima sungai di negeri Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Melor, Jambatan Melor di Bachok, Sungai Lanas (Jeli), Sungai Semerak (Pasir Puteh), Sungai Golok, Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Kelantan, Temangan (Machang).

#OhmediaNasihat

Cuaca ekstrem seperti ini memerlukan kita lebih berhati-hati dan bersedia. Jangan abaikan amaran pihak berkuasa. Nyawa lebih penting daripada harta. Jika berada di kawasan berisiko, pindah awal untuk keselamatan.


Scroll to Top