kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat negeri sehingga jam 5 petang ini.
METMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.
Kawasan diramal terbabit di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Menurut kenyataan itu, antara kawasan dijangka terbabit di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.
Bagi Pahang, amaran tertumpu di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
Sementara itu di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Kapit (Song dan Kapit).
MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
© New Straits Times Press (M) Bhd




