KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan dua negeri, iaitu Perak dan Pahang, sehingga jam 5 petang, Ahad.
Menurut MetMalaysia menerusi hantaran di media sosial, amaran itu dikeluarkan pada jam 2.30 petang dan melibatkan beberapa kawasan di kedua-dua negeri berkenaan.
Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Manjung, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kampar, Kinta, Larut Matang, Kerian dan Kuala Kangsar.
Sementara itu, di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Bentong, Cameron Highlands dan Raub.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tersebut.
Perubahan serta perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca boleh dirujuk menerusi saluran rasmi MetMalaysia.
