Ambil Alih Tugas Isteri, Nabil Mahir Larang Ayda Jebat Buat Kerja Rumah

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Hampir tiga bulan melayari bahtera berumah tangga, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka.

Malah, Ayda sangat beruntung dikurniakan suami yang ringan tulang. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ayda berkata suaminya yang melakukan semua kerja rumah dan mengambil alih tugas isteri.

BACA: Nabil Mahir Kecewa Laporan Tentang Ayda Jebat Hamil

“Kita berdua ada persamaan tapi banyak perbezaan. Dia berhati wanita, lembut, sopan dan buat semua kerja isteri. Haha! Basuh pinggan, kemas rumah, buang sampah, masak dan semua. Saya.. Eh, bukan saya tak nak buat, dia yang tak bagi,” tulisnya.

Ujarnya, bukan kerana dia tidak mahu buat tetapi Nabil melarangnya untuk melakukan kerja rumah. Kata Ayda lagi, dia sangat bertuah memiliki Nabil dalam hidupnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan pasangan suami isteri itu. Malah, Nabil turut meninggalkan komen mengatakan dalam Islam segala kerja rumah sebenarnya tugas seorang suami.

Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu secara atas talian sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.