Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan memaklumkan keluarganya ‘merestui’ hubungan yang terjalin bersama jejaka tampan Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi video siaran langsung, adik kepada selebriti popular Noor Neelofa itu berkata ‘restu’ daripada ahli keluarga lebih utama daripada orang luar.

“Keluarga saya sokong saya dan dia. Saya rasa tidak perlukan pengesahan daripada mana-mana pihak. Ini kerana keluarga saya okay membuatkan saya gembira,” katanya.

Sementara itu, Ameera turut menjelaskan dia mudah berkomunikasi dengan Jefri yang berasal dari Indonesia itu.

“Komunikasi dengan Jefri tidak sukar langsung pun(walaupun dia orang Indonesia).

“Kalau anda tetapkan dalam kepala akan sukar, maka susahlah tetapi jika rasa mudah, maka senanglah komunikasi itu,” ujarnya sekali gus menamatkan tanda tanya tentang status hubungan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ameera turut memuji Jefri yang tidak sombong meskipun amat popular di Indonesia.

Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Malah, baru-baru ini tular sebuah foto mendakwa Ameera dan Jefri saling berpegangan tangan ketika bertemu di Jakarta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teruk Dikecam, Ameera Khan ‘Backup’ Jefri Nichol – “Saya Sentiasa Doakan Dia Berubah”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Minta Berlakon Dengan Jefri Nichol? Ini Respons Puteri Sarah – “Takut Jadi Yang Ke-22 Pula”

Sumber: kosmo

Scroll to Top