Personaliti media sosial, Ameera Khan menasihati golongan wanita agar tidak terus bertahan dalam sesuatu hubungan sekiranya pasangan gagal memberikan rasa selamat, stabil dan terjamin.
Bapa kecewa dengan pasangan hati
Screenshot
Menerusi perkongsian Instagram Story, Ameera mengakui pernah melalui pengalaman berada dalam hubungan yang tidak sihat apabila dirinya banyak berusaha mempertahankan hubungan berbanding pasangan.
Menurut Ameera, dia sebelum ini sering menjadi individu yang merancang pelbagai perkara dalam hubungan, selain menanggung kebanyakan perbelanjaan serta cuba memperbaiki keadaan walaupun kesalahan bukan berpunca daripadanya.

“Saya pernah berada di situ. Saya yang buat perancangan, bayar kebanyakan perkara, dan cuba memperbaiki keadaan walaupun bukan salah saya,” katanya.
Tambah Ameera, dia juga sering berusaha membantu pasangannya untuk memperbaiki diri serta memberikan sokongan emosi, namun tidak menerima perkara sama sebagai balasan.
Pengalaman tersebut membuatkan Ameera sedar bahawa peranan seorang lelaki dalam hubungan bukan sekadar menyediakan keperluan kewangan semata-mata.
Katanya, walaupun wanita mampu berdikari dan menyediakan keperluan sendiri, pasangan tetap perlu memainkan peranan untuk memberikan perhatian, kasih sayang serta rasa selamat dalam hubungan.

“Peranan seorang lelaki dalam hubungan bukan hanya sekadar menyediakan keperluan, saya boleh menjaga diri sendiri, jadi saya tidak memerlukan kamu untuk itu tetapi manjakan saya juga kerana saya sukakannya.
“Seorang lelaki sepatutnya membuatkan kamu rasa selamat, terjamin dan stabil. Jika dia tidak mampu, jangan sesekali bersetuju atau berkompromi,” jelasnya.
Dalam masa sama, Ameera turut berpandangan bahawa lelaki seharusnya menunjukkan usaha lebih dalam hubungan, manakala wanita akan mencerminkan usaha tersebut sebagai balasan.
“Sekarang saya sedar lelaki yang sepatutnya berusaha lebih, kemudian wanita akan mencerminkan usaha itu,” ujarnya lagi.
Screenshot
Ameera dalam perkongsian sama turut menyatakan bahawa bapanya telah meletakkan standard yang tinggi terhadap lelaki yang bakal menjadi pasangannya, sekali gus menyebabkan bapanya sering kecewa dengan pilihan pasangan yang pernah dikenalinya sebelum ini.
“Saya tidak mahu lakukan semua itu lagi. Saya terlalu baik hati dan terlalu mencintai. Saya bersyukur kerana melalui pengalaman ini kerana kini saya tahu. Insya-Allah saya akan buat pilihan yang betul pada masa akan datang,” tambahnya lagi
Artikel lain: “Macam pakai pampers…”- Netizen istighfar tengok fesyen Ameera Khan, mohon hormat Ramadan
Bagaimanapun, Ameera bersyukur melalui pengalaman tersebut kerana ia memberi pengajaran penting kepadanya dalam memahami peranan serta keseimbangan dalam sesuatu hubungan.
Sumber: Instagram littlemisskhan




