Ameera Khan Dedah Nak Suami Baik Dan Kaya

Ameera Khan Dedah Nak Suami Baik Dan Kaya

Oh! Artis

Ameera Khan dedah ciri suami idaman, mahukan lelaki kaya, baik dan boleh bimbing dia.


Bila sebut nama Ameera Khan, mesti ramai kenal dengan gaya hidup dia yang penuh glamor dan mewah. Tapi baru-baru ni, Ameera secara terbuka kongsi tentang kriteria lelaki idaman yang dia cari untuk dijadikan suami. Maklumlah, member dah single balik sekarang…

Dalam satu sesi siaran langsung di Instagram, adik kepada Neelofa ni akui dia perlukan lelaki yang bukan sahaja ada duit, tapi juga beragama dan mampu membimbing dia jadi lebih baik. Siap sebut ciri-ciri khusus yang dia mahukan tau.

Ciri suami idaman Ameera Khan mesti kaya dan baik

Ameera Khan

Ameera tak berselindung bila jawab soalan peminat tentang jodoh. Katanya, dua perkara paling penting ialah baik dan kaya.

Baik dan kaya. Itu yang paling utama bagi saya. Lelaki itu perlu mampu menjaga dan menyara saya. Saya juga nak lelaki yang soleh dan boleh membimbing saya. Tolonglah bimbing saya kerana saya mencari seseorang yang boleh memimpin saya ke arah yang lebih baik.

Selain itu, dia perlu menyayangi saya serta keluarga, menghormati saya, mommy dan daddy, adik-beradik serta sepupu, terutamanya mereka yang rapat dengan saya.- Katanya.

Masih belum pasti soal kekasih baru

Menyentuh gosip yang timbul kononnya dia sudah ada kekasih baharu lepas hubungan dengan pelakon Indonesia Jefri Nichol, Ameera tenang jawab.

Terlalu banyak gosip. Itu cuma kawan. Tentang kekasih, saya sendiri belum pasti. Nanti saya akan maklumkan.- Jawabnya.

Dia juga akui masih belum buat sebarang keputusan mengenai status percintaan semasa. Ameera turut anggap kisah cinta lama dia sebagai satu kesilapan. Malah dia bersyukur dengan pengalaman yang dilalui.

Saya belum membuat sebarang keputusan dan sebenarnya saya sudah lama move on sebelum meninggalkan dia. Itu bukan kesilapan, saya sangat gembira tapi macam yang kita tahu untuk move on adalah kita tidak perlu mengulang perkara yang sama sekali lagi dan ia akan jadi lebih baik.- Tambahnya.

Khabar angin bercinta dengan kerabat diraja

Ameera Khan

Ameera sekali lagi jadi perhatian lepas netizen kaitkan namanya dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar. Semuanya bermula dari satu hantaran di Threads yang seolah-olah mendedahkan hubungan mereka.

Hantaran tu cuma petik, “LMK mmg dgn TB 😂 Done stalking”, tapi cukup buat netizen buat spekulasi sendiri. Setakat ni, tak ada pengesahan rasmi dari Ameera atau Tengku Bakar sendiri.

Pssttt! Buat korang yang tengah mencari pasangan, mungkin boleh ambil inspirasi dari Ameera. Bukan sekadar rupa dan harta, tapi penting juga cari seseorang yang boleh bimbing dan hormati kita seadanya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top