Ameera Khan Tampil Berhijab, Neelofa Panjat Rasa Syukur – Hijabista

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Dalam kekecohan masyarakat Malaysia berteka teki bilakah Neelofa akan melansungkan pernikahan bersama PU Riz, kini adiknya mencuri perhatian warga maya seketika. Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Ameera Khan atau terkenal dengan nama Little Miss Khan memuatnaik gambar dirinya yang dilihat sudah mula berhijab.

Tampil anggun dan sopan dalam persalinan putih dan berselendang rona kelabu, tulisannya bersama hantaran itu berbunyi هذا اليوم الأولً فانشاءالله atau jika diterjemahkan ke bahasa Melayu ia bermaksud ‘Ini adalah hari pertama, InsyaAllah’.

Tinjauan Hijabista ke InstaStory Neelofa pula kelihatannya usahawan dan selebriti terkenal itu cukup gembira dengan penghijrahan adik perempuannya, dalam salah satu hantaran dia menulis, Alhamdulillah syukur, semoga Allah sentiasa memilih adikku sayang dan doakan Ameera selalu.

Ameera yang kini berusia 20 tahun merupakan seorang pempengaruh media sosial yang cukup popular dan juga seorang usahawan yang mengikut jejak langkah seperti ibu dan juga kakaknya. Semoha Ameera istiqamah dalam perjalanan baharu ini dan sentiasa dijaga imannya oleh Allah SWT. Kami di Hijabista mengucapkan tahniah!

Sumber gambar: Instagram Ameera Khan & Neelofa