Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan tampil menegur tindakan segelintir netizen yang sering mempersoalkan tentang kehidupan dan hubungannya bersama kekasih hati yang juga aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol.
Kata Ameera, kadang-kadang dia juga mahu mempersoalkan kehidupan dan memberikan hukuman kepada ‘haters’ yang sentiasa tidak berpuas hati dengannya namun, dia sedar kehidupan yang dimilikinya adalah lebih baik daripada orang lain.
“Kadang-kadang saya berharap saya boleh mempersoalkan kehidupan anda seperti cara anda mempersoalkan saya. Tetapi saya faham bahawa hidup saya lebih menarik (alhamdulillah) dan kehidupan anda tidak.
“Kadang-kadang saya juga berharap saya boleh menghantar tamparan yang sangat keras kepada anda tetapi itu bukan perkara yang menarik untuk dilakukan.
“Mungkin ada yang mengatakan saya memilih kehidupan media sosial ini, tetapi itu tidak bermakna segala-galanya perlu dibenarkan (terutama kepada ANDA yang tidak penting sama sekali untuk saya atau keputusan dalam hidup saya).
“I do what i want, it’s my instagram, it’s my partner, it’s my family, it’s my money, it’s my money unless i’m pinjam yours, then yes you have a say in it but alhamdulillah i’m not so, byeee… (ini bukan hanya tentang komen ini btw, ini tentang semua najis jahat yang anda hantar terus kepada saya),” katanya.
Dalam pada itu, Ameera juga mengakui dia juga memiliki tahap kesabaran sepertimana orang lain.
“I have a bloody limit too. Bayangkan seseorang kata sesuatu yang tidak baik, mengutuk, mengecam, mengkritik seperti mana yang saya kena dan anda mungkin akan memasukkan mereka ke dalam penjara atau berada di dalam penjara.
“Saya fikir saya cukup bersabar untuk itu. Jika anda mahu follow saya , terima kasih saya menghargainya begitu juga sebaliknya. Malah, ia tidak sedikit pun memberik kesan kepada saya,” jelasnya.
Menerusi hantaran sama, adik kepada Neelofa ini turut berkongsi antara komen pengikutnya yang bertanyakan kenapa dia tidak lagi berkongsi foto Jefri di media sosial.
Balasnya, meskipun dia tidak berkongsi foto bersama Jefri Nichol disebabkan hubungan jarak jauh, namun itu tidak bermakna mereka tidak lagi bersama.